CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 2
TOPIK : HEBATNYA AIR
BIDANG : SAINS HAYAT
STANDARD KANDUNGAN:
3. 0 Tumbuhan
3.1: Memahami keperluan asas tumbuhan
STANDARD PEMBELAJARAN:
3.1.1: Mengenal pasti keperluan asas
tumbuhan iaitu air, udara dan cahaya matahari.
OBJEKTIF :
Murid
boleh menyebut air merupakan keperluan asas tumbuhan untuk hidup
subur.
TEMPOH : 120 minit
SUMBER :
- Piring pitri
- Kapas
- Biji benih
kacang hijau
- Slaid
powerponit
- Lembaran kerja
1 – Pentaksiran
- Lembaran kerja
2 – Pemulihan
- Lembaran kerja
3 - Pengayaan
EMK: TMK, kepimpinan,KBKK
AKTIVITI:
LANGKAH
|
AKTIVITI
|
CATATAN
|
Aktiviti 1
|
Guru menunjukkan satu kotak dihadapan kelas.
Murid diminta meneka objek yang terdapat di dalam kotak berdasarkan
ciri-ciri yang disebut oleh guru.
Ciri-ciri:
· Berduri.
· Kecil
· Berbatang keras
|
Guru bersoal jawab dengan murid.
Contoh Soalan:
1. Apakah yang dapat
kamu lihat di hadapan ini.
2. Antara ciri-ciri
objek yang terdapat di dalam kotak ini ialah berduri, kecil dan berbatang
keras.
3. Pada pendapat kamu,
apakah objek yang terdapat di dalam kotak ini?
Kotak dibuka.
Contoh soalan:
1. Pada pendapat kamu,
adakah pokok kaktus memerlukan air?
|
Aktiviti 2
|
Guru menunjukkan dua tumbuhan yang berbeza kepada murid.
a. Pokok kaktus
b. Anak pokok cili
|
Guru bersoal jawab dengan murid.
Contoh soalan:
1. Pada pendapat kamu,
adakah kedua-dua pokok ini memerlukan air?
2. Pokok mana yang memerlukan lebih banyak
air?
|
Aktiviti 3
|
Eksperimen
· Guru membahagikan
murid kepada 5 kumpulan.
· Setiap kumpulan
dibekalkan dua piring pitri.
· Setiap piring pitri
diletakkan kapas dan 3 biji benih kacang hijau.
· Satu piring pitri diletakkan air dan satu
lagi dibiar tanpa air.
· Eksperimen ini dibiarkan seminggu.
|
Arahan:
1.
Murid dihendakki melakukan eksperimen
mengkaji kehadiran air terhadap tumbuhan.
2.
Setiap kumpulan dikehendaki melabelkan
piring pitri.
Guru bersoal jawab dengan murid:
1.
Pada ramalan kamu, tumbuhan
dalam piring pitri yang manakah akan tumbuh?
2.
Mengapa?
|
Aktiviti 4
|
Sepanjang seminggu murid membuat
pemerhatian tentang hasil penyiasatan.
Selepas seminggu, guru membuat
perbincangan dengan murid tentang hasil penyiasatan.
Guru membimbing murid membuat kesimpulan
berdasarkan pemerhatian mereka iaitu tumbuhan memerlukan air untuk hidup.
|
Guru bersoal jawab tentang hasil
penyiasatan
Contoh soalan:
1.
Apakah perbezaan di antara anak benih
kacang hijau dalam piring pitri A dan B?
2.
Kenapakah anak benih dalam piring
pitri B tidak bercambah?
3.
Kenapakah
anak benih dalam piring pitri A bercambah?
4.
Adakah anak benih dalam piring pitri B
tidak bercambah disebabkan tidak mendapat air?
5.
Adakah
kamu fikir air adalah keperluan asas tumbuhan untuk hidup?
|
Aktiviti 5
|
Guru menyediakan slaid powerpoint tentang
keadaan pokok subur dan layu.
|
Guru bersoal jawab tentang slaid yang
dipaparkan.
Contoh soalan:
1.
Adakah
tumbuhan ini hidup subur?
2.
Kenapa?
3.
Bagaimanakah
pula keadaan pokok ini?
4.
Kenapa?
|
Aktiviti 6
|
Latihan melalui lembaran kerja 1 dan 2
|
Murid membuat latihan.
|
Aktiviti 7
|
Guru dan murid menyanyikan lagu yang berkaitan dengan “air”.
|
Lirik lagu “Ku Tanam Pokok Bunga”
Ku tanam pokok bunga,
Bunga Mawar namanya,
Ku siram dan ku jaga,
Hidup subur sentiasa.
Ku tanam pokok bunga,
bunga raya namanya,
tak ku siram setiap masa,
hidup layu
jadinya.
|
Pentaksiran
|
Murid menjawab lembaran Kerja 1
|
Lembaran Kerja 1
|
Aktiviti Pemulihan
|
Murid menjawab lembaran Kerja 2
|
Lembaran Kerja 2
|
Aktiviti Pengayaan
|
Murid menjawab Lembaran Kerja 3
|
Lembaran Kerja 3
|
No comments:
Post a Comment