Thursday, 22 November 2012

Constellation

CONSTELLATION

DEFINITION: A constellation is a group of stars visible within a particular region of the night sky. 

SOURCES:Some were named after animals and some mythological characters. Some constellations were named after some scientific instruments. Constellations can be viewed after sunset and before sunrise. Also, as the earth turns you can see different constellations.

FACTS: 

1. Did you know that you can't see constellations during the day because the sun's light is too bright to see star light????

2. Do you know that horoscope initially come from the position of the sun, moon and stars in the sky?
You can find your answers from this video. Enjoy! ^^







RPH KSSR TAHUN 2



CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 2

TOPIK :  HEBATNYA AIR

BIDANG : SAINS HAYAT

STANDARD KANDUNGAN:
3. 0 Tumbuhan
3.1: Memahami keperluan asas tumbuhan

STANDARD PEMBELAJARAN:
3.1.1: Mengenal pasti keperluan asas tumbuhan iaitu air, udara dan cahaya matahari.

OBJEKTIF :
Murid boleh menyebut air merupakan  keperluan asas tumbuhan untuk hidup subur.

TEMPOH : 120 minit

SUMBER :
  • Piring pitri
  • Kapas
  • Biji benih kacang hijau
  • Slaid powerponit
  • Lembaran kerja 1 – Pentaksiran
  • Lembaran kerja 2 – Pemulihan
  • Lembaran kerja 3 - Pengayaan

EMK: TMK, kepimpinan,KBKK

AKTIVITI:
LANGKAH
AKTIVITI
CATATAN
Aktiviti 1

Guru menunjukkan satu kotak dihadapan kelas.
Murid diminta meneka objek yang terdapat di dalam kotak berdasarkan ciri-ciri yang disebut oleh guru.

Ciri-ciri:
·         Berduri.
·         Kecil
·         Berbatang keras

Guru bersoal jawab dengan murid.

Contoh Soalan:
1.       Apakah yang dapat kamu lihat di hadapan ini.
2.       Antara ciri-ciri objek yang terdapat di dalam kotak ini ialah berduri, kecil dan berbatang keras.
3.       Pada pendapat kamu, apakah objek yang terdapat di dalam kotak ini?

Kotak dibuka.

Contoh soalan:
1.       Pada pendapat kamu, adakah pokok kaktus memerlukan air?
Aktiviti 2

Guru menunjukkan dua tumbuhan yang berbeza kepada murid.

a.       Pokok kaktus
b.      Anak pokok cili

Guru bersoal jawab dengan murid.

Contoh soalan:

1.       Pada pendapat kamu, adakah kedua-dua pokok ini memerlukan air?
2.       Pokok mana yang memerlukan lebih banyak air?
Aktiviti  3

Eksperimen
·         Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan.
·         Setiap kumpulan dibekalkan dua piring pitri.
·         Setiap piring pitri diletakkan kapas dan  3 biji benih kacang hijau.
·         Satu piring pitri diletakkan air dan satu lagi dibiar tanpa air.
·         Eksperimen ini dibiarkan seminggu.
Arahan:
1.     Murid dihendakki melakukan eksperimen mengkaji kehadiran air terhadap tumbuhan.
2.     Setiap kumpulan dikehendaki melabelkan piring pitri.

Guru bersoal jawab dengan murid:
1.     Pada ramalan  kamu, tumbuhan dalam piring pitri yang manakah akan tumbuh?
2.     Mengapa?
Aktiviti 4


Sepanjang seminggu murid membuat pemerhatian tentang hasil penyiasatan.

Selepas seminggu, guru membuat perbincangan dengan murid tentang hasil penyiasatan.

Guru membimbing murid membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian mereka iaitu tumbuhan memerlukan air untuk hidup.






Guru bersoal jawab tentang hasil penyiasatan

Contoh soalan:
1.     Apakah perbezaan di antara anak benih kacang hijau dalam piring pitri A dan B?
2.     Kenapakah anak benih dalam piring pitri B tidak bercambah?
3.     Kenapakah anak benih dalam piring pitri A bercambah?
4.     Adakah anak benih dalam piring pitri B tidak bercambah disebabkan tidak mendapat air?
5.     Adakah kamu fikir air adalah keperluan asas tumbuhan untuk hidup?
Aktiviti 5
Guru menyediakan slaid powerpoint tentang keadaan pokok subur dan layu.
Guru bersoal jawab tentang slaid yang dipaparkan.

Contoh soalan:
1.     Adakah tumbuhan ini hidup subur?
2.     Kenapa?
3.     Bagaimanakah pula keadaan pokok ini?
4.     Kenapa?
Aktiviti 6

Latihan melalui lembaran kerja 1 dan 2
Murid membuat latihan.
Aktiviti 7

Guru dan murid menyanyikan lagu yang berkaitan dengan “air”.

Lirik lagu “Ku Tanam Pokok Bunga”

Ku tanam pokok bunga,
Bunga Mawar namanya,
Ku siram dan ku jaga,
Hidup subur sentiasa.

Ku tanam pokok bunga,
bunga raya namanya,
tak ku siram setiap masa,
hidup layu jadinya.
Pentaksiran
Murid menjawab lembaran Kerja 1
Lembaran Kerja 1
Aktiviti Pemulihan
Murid menjawab lembaran Kerja 2
Lembaran Kerja 2
Aktiviti Pengayaan
Murid menjawab Lembaran Kerja 3
Lembaran Kerja 3


Monday, 19 November 2012

RPH KSSR TAHUN 1


CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 1

MATA PELAJARAN                                   : Sains
KELAS                                                         : Tahun 1 Bestari
MASA                                                          : 1 Jam
BIDANG                                                       : Sains Hayat
TAJUK                                                                : 4. Tumbuhan

STANDARD KANDUNGAN                
  : 4.2 Mencipta produk daripada bahagian-bahagian tumbuhan.

STANDARD PEMBELAJARAN                
   4.2.1 Mereka bentuk produk seperti  Penanda buku, potpuri, kolaj dan kraftangan seperti tikar, topi, penyapu, bakul, ketupat  dengan menggunakan bahagian-bahagian tumbuhan.  
         1.1 Kognitif:
                Murid dapat menyenaraikan 4 bahan-bahan yang diperbuat dari tumbuhan.
         1.2 Afektif:
                Murid dapat kepuasan daripada rekacipta produk yang mereka  buat sendiri.
         1.3 Psikomotor:
               Murid dapat mereka cipta produk  dengan kemas seperti membuat serunai daripada  daun kelapa.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM         : Kreatif dan inovatif, Bahasa Melayu

KEMAHIRAN PROSES SAINS                    
Memerhati dan berkomunikasi

NILAI MURNI                                           
  : Bekerjasama , jujur dan berkeyakinan, Berhati-hati dan mencintai alam.

LANGKAH BERJAGA-JAGA   : Berhati-hati ketika membuat serunai daun kelapa.

PENGETAHUAN SEDIA ADA                 
     1. Murid telah kenal pokok kelapa dan tahu kegunaan pokok kelapa        
          2. Murid dapat menceritakan produk yang diperbuat daripada tumbuhan.                


Langkah

Kandungan

Cara perlaksanaan

Kemahiran Proses Sains/Kemahiran manipulatif Sains/Nilai

Catatan/
Impak

Mencungkil idea
( 5 MINIT )

Menarik minat murid
(Membawa bakul berisi gula-gula dan sumi)
1.Asal pembuatan bakul
2.Bahagian pokok yang terlibat
   dalam pembuatan bakul.

1.      Guru membawa bakul rotan yang berisi sumi dan gula-gula.

2.      Guru bersoal jawab dengan murid:
a)      Apakah yang cikgu bawa ini?
b)     Bakul ini dibuat daripada apa?
c)      Bahagian pokok yang  manakah kita gunakan untuk membuat bakul ini?
d)     Selain bakul apa lagi benda lain yang diperbuat daripada tumbuhan?

3.Sekiranya kamu dapat menjawab dengan betul cikgu
   akan memberi gula-gula sebagai ganjaran.

Nilai:
1.Bekerjasama
2. ingin tahu
KPS:
1.Meramal

BBM:
1.Bakul rotan
2.Gula-gula
3.Sumi




LANGKAH 1
(15 Minit)

Penerangan dan berbincangan:

1.Bahan-bahan yang diperbuat dari bahagian-bahagian pokok.

1.      Guru menunjukkan  persembahan dalam powerpoint yang telah disediakan .

2.      Murid disoal tentang apa yang dipersembahkan.

3.      Murid sangat seronok dengan persembahan ini.

4.      Guru kemudian membimbing murid untuk membuat kesimpulan bahagian –bahagian tumbuhan yang boleh digunakan untuk membuat benda –benda untuk kegunaan harian kita.
Nilai:
1.Bekerjasama
2.Berminat
3.Berdisiplin

KPS:
1.Memerhati
2.Membuat inferens

KBKK:
1.Menganalisis
2.Membuat kesimpulan
BBM:
1.Persembahan power
    point .

LANGKAH 2
(20 Minit)

Membuat serunai daripada daun kelapa.
1.      Daun kelapa
2.      Lidi

3.      Murid di bekalkan satu daun kelapa dan satu lidi yang telah dipotong.
4.      Guru membimbing murid membuat serunai daripada daun kelapa tersebut.
5.      Kemudian setelah serunai itu  siap  guru meminta setiap murid cuba meniupnya .
6.      Murid yang telah berjaya membunyikan serunainya akan diberi ganjaran, manakala murid yang masih belum akan dibantu guru untuk memperbaikinya.
7.      Guru kemudian mengaitkan daun kelapa bukan sahaja boleh dibuat ketupat tetapi juga boleh membuat benda –benda lain seperti serunai ini.
Nilai:
1.Bekerjasama
2.Berdisiplin
3.Berminat

KPS:
1.Memerhati

KMS:
1.Mengendalikan bahan dengan
   betul.
2.Membersihkan semula bahan
   yang digunakan.
BBM:
1.Daun kelapa
2.Lidi

LANGKAH  3
(15 Minit)

Pengukuhan
1.Memadankan produk dengan bahagian –bahagian pokok untuk membuatnya.

1.      Murid kemudian diedarkan lembaran kerja   sebagai latihan pengukuhan .

2.      Murid yang lemah akan diberi pemulihan dan bimbingan individu.


3.      Murid juga diberi latihan dalam buku aktiviti sebagai kerja rumah.
Nilai:
1.Bekerjasama
BBM:
1.Lembaran kerja 1
2. Buku aktiviti sains

LANGKAH 4
(5 Minit)

Penutup
1.Menyebutkan benda-benda
   lain yang diperbuat dari
   pokok.
2.Menanamkan sifat cintakan
   anugerah ciptaan allah  iaitu
   pokok.

1.      Guru bersoal jawab bersama murid:
a)      Apakah kamu seronok belajar hari ini?
b)     Tunjukkan hasil kerja kamu hari ini?
c)      Selain daripada serunai sebutkan semula benda yang boleh kita boleh buat daripada bahagian pokok?
d)     Pada pendapat kamu adakah pokok penting bagi kita ?
e)      Adakah kamu akan menjaga pokok supaya kekal ada di bumi kita?

2.      Kemudian guru menutup pengajarannya dengan lagu “Rasa Sayang Hey”



Nilai:
1.Bekerjasama
2.Berkomunikasi dengan baik
3.Berdisiplin
4. Berminat

BBM:
1.      Lirik l