KEMAHIRAN SAINTIFIK
Sains menekankan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah.
Dalam proses inkuiri dan penyelesaian masalah kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir perlu digunakan. Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik.Kemahiran Saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.
Kemahiran Proses Sains
Kemahiran proses sains membolehkan murid mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan mencari jawapan secara bersistem.Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains adalah seperti berikut:
Memerhatikan Menggunakan deria penglihatan,pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena.Mengelaskan Menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama.Mengukur menggunakan nombor
Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor atau alat berunit piawai atau alat yang
diseragamkan sebagai unit rujukan.
Membuat inferens
Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.
Meramalkan
Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau berdasarkan data.
Berkomunikasi
Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan, jadual,graf, rajah atau model.
Menggunakan perhubungan ruang dan masa
Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim dengan masa.
Mentafsirkan data
Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.
Mendefinisikan secara operasi.
Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.
Mengawal pemboleh ubah
Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pembolehubah bergerak balas danpemboleh ubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pemboleh ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.
Membuat hipotesis
Membuat suatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa.Pernyataan ini boleh diuji untukmenentukan kesahihannya.
Mengeksperimen
Merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data,mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan itu.
Kemahiran Manipulatif
Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan perkara berikut:
• Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.
• Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.
• Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
• Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat.
• Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat
No comments:
Post a Comment