KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
SAINS
TAHUN SATU
2010
Cetakan Pertama 2010
© Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN
- Rukun Negara
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Falsafah Pendidikan Sains Negara
- Kata Pengantar
- Pendahuluan
- Matlamat dan Objektif
- Kemahiran Saintifik
- Kemahiran Berfikir
- Sikap Saintifik dan Nilai Murni
- Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
- Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains
- Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains
- Penilaian
- Organisasi Standard Kurikulum Sains
- Sains Hayat
- Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup
- Manusia
- Haiwan
- Tumbuhan
- Sains Fizikal
- Mata untuk Melihat
- Hidung untuk Menghidu
- Lidah untuk Merasa
- Kulit untuk Menyentuh dan Merasa
- Telinga untuk Mendengar
- Menggunakan Semua Deria
- Sains Bahan
- Timbul dan Tenggelam
- Teknologi dan Kehidupan Lestari
- Reka Bentuk
RUKUN NEGARA
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih
erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara cara hidup yang demokratik; mencipta satu
masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagaibagai
corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELURUHAN PERLEMBANGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN SAINS NEGARA
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ,pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif,dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi.
KATA PENGANTAR
Standard Kurikulum Sains bertujuan untuk memenuhi citacita murni dan semangat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.Standard Kurikulum Sains yang dibangunkan tidak hanya menekankan penyepaduan antara pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan pengamalam sikap saintifik dan nilai murni tetapi juga menekankan kebolehan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam kehidupan harian. Adalah diharapkan pelaksanaan kurikulum ini menjadi wahana untuk mencapai hasrat menghasilkan insan yang seimbang dan dapat menyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan negara.Standard Kurikulum Sains ini menyediakan peluang yang secukupnya untuk murid menjalankan penyiasatan saintifik melalui aktiviti hands-on. Pendekatan inkuiri, penerapan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta pembelajaran berfikrah perlu ditekankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan murid bersedia
dalam alam pekerjaan mereka.Standard Kurikulum Sains ini menyatakan apa yang perlu murid capai diakhir pembelajaran. Oleh itu guru haruslah bijak merancang aktiviti dan pedagogi yang sesuai bagi tujuan ini. Pemilihan aktiviti dan pedagogi ini mestilah sesuai dengan tahap kebolehan murid dan keadaan persekitaran.
Dalam penyediaan Standard Kurikulum Sains ini, banyak pihak yang telah turut sama terlibat. Kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya Standard Kurikulum Sains ini,Kementerian Pelajaran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
( HAJI ALI BIN AB. GHANI AMN)
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
PENDAHULUAN
Pendidikan di Malaysia seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu usaha berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Standard Kurikulum Sains
sekolah rendah dan menengah dibangunkan untuk menghasilkan insan yang dihasratkan.Standard Kurikulum Sains secara keseluruhan merangkumi tiga mata pelajaran sains teras dan empat mata pelajaran sains elektif. Mata Pelajaran Sains Teras adalah Sains Sekolah Rendah, Sains Menengah Rendah dan Sains Menengah
Atas. Mata pelajaran Sains Elektif yang ditawarkan di peringkat menengah atas adalah Biologi, Kimia, Fizik dan Sains Tambahan.Mata Pelajaran Sains Teras untuk sekolah rendah dan sekolah menengah rendah direka bentuk dengan memberi penekanan kepada pengetahuan dan kefahaman tentang sains kepada murid supaya celik sains dan menyediakan mereka untuk mempelajari sains di peringkat yang lebih tinggi. Mata pelajaran Sains Teras bagi peringkat sekolah menengah atas adalah untuk menghasilkan murid yang celik sains, inovatif dan menyediakan murid untuk menceburi bidang sains yang lebih umum. Mata pelajaran Sains Elektif menawarkan pilihan kepada murid mengikut kecenderungan, minat dan keupayaan dalam bidang
sains bagi menceburi kerjaya dalam bidang sains dan teknologi yang khusus. Golongan murid ini bakal menjadi sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi yang akan menyumbang kepada penerusan dalam pembangunan negara.
MATLAMAT
Matlamat kurikulum Sains Sekolah Rendah ini adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains,kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni.
OBJEKTIF
Standard Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap 1 bertujuan:
1. Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat tentang dunia di sekeliling mereka.
2. Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiransaintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif.
3. Meningkatkan daya kreativiti murid.
4. Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains.
5. Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara krtitis, kreatif dan analitis bagi
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
6. Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya membolehkan murid mengamalkannya.
7. Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.
KEMAHIRAN BERFIKIR
Berfikir adalah satu proses mental yang memerlukan individu menggabungjalinkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ada pada dirinya bagi membolehkannya memahami dan mencorakkan alam sekelilingnya. Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah mempertingkatkan daya berfikir di kalangan murid. Objektif ini boleh dicapai melalui pembelajaran berfikrah.Pembelajaran berfikrah boleh dicapai jika murid dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses ini aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dengan teliti dapat mencungkil minda murid dan mendorongnya untuk
berfikir agar mereka dapat mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kemahiran berfikir dan strategi berfikir adalah teras kepada pembelajaran berfikrah.Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secara kritis akan sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum
menerimanya.Seseorang yang berfikir secara kreatif mempunyai daya imiginasi yang tinggi, berupaya menjanakan idea yang inovatif dan asli serta boleh mengubah suai idea dan produk sedia ada.Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya yang melibatkan beberapa langkah. Setiap langkah
melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Strategi berfikir merupakan matlamat akhir kepada proses berfikir.
Kemahiran Berfikir Kritis
Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kritis adalah seperti berikut:
Mencirikan
Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat,kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.Membandingkan dan membezakan Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat,kualiti dan unsur sesuatu objek atauperistiwa.
Mengumpulkan dan mengelaskan
Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan criteria tertentu seperti ciri atau sifat sepunya.
Membuat urutan
Menyusun objek dan maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz,
masa, bentuk atau bilangan.
Menyusun mengikut keutamaan
Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan.
Menganalisis
Mengolah maklumat dengan menguraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu
konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
Mengesan kecondongan
Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada atau menentang sesuatu.
Menilai
Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan keburukan, berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
Membuat kesimpulan
Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
Kemahiran Berfikir Kreatif
Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kreatif adalah seperti berikut:
Menjanakan idea
Menghasilkan idea yang berkaitan dengan sesuatu perkara.
Menghubungkaitkan
Membuat perkaitan dalam sesuatu keadaan atau peristiwa untuk mencari sesuatu struktur atau corak
perhubungan.
Membuat inferens
Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan
sesuatu peristiwa atau pemerhatian.
Meramalkan
Membuat jangkaan tentang sesuatuperistiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data
yang boleh dipercayai.
Mengitlakkan
Membuat pernyataan umum terhadap sesuatu perkara untuk keseluruhan kumpulan berdasarkan pemerhatian ke atas sampel atau beberapa maklumat daripada kumpulan itu.
Membuat gambaran mental
Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep,keadaan atau gagasan dalam minda.
Mensintesiskan
Menggabungkan unsur yang berasingan untuk menghasilkan satu gambaran menyeluruh dalam bentuk
seperti pernyataan, lukisan atau artifak.
Membuat hipotesis
Membuat suatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi
menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya.
Menganalogikan
Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep yang kompleks atau mujarad secara mengaitkan konsep itu
dengan konsep yang mudah atau maujud yang mempunyai ciri yang serupa.
Mereka cipta
Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada untuk
mengatasi masalah secara terancang.
Strategi Berfikir
Penerangan tentang setiap strategi berfikir adalah seperti berikut:
Mengkonsepsikan
Membuat pengitlakan ke arah membina pengertian, konsep atau model berdasarkan ciri spesifik sepunya yang saling berhubung.
Membuat keputusan
Memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik daripada beberapa alternatif berdasarkan kriteria tertentu bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
Menyelesaikan masalah
Mencari penyelesaian yang tepat secara terancang terhadap situasi yang tidak pasti atau mencabar ataupun kesulitan yang tidak dijangkakan.Selain daripada kemahiran berfikir dan strategi berfikir,kemahiran menaakul merupakan satu lagi kemahiran yang ditekankan. Kemahiran menaakul adalah kemahiran yang
digunakan dalam membuat pertimbangan secara logik,rasional, adil dan saksama. Penguasaan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan strategi berfikir menjadi lebih mudah jika seseorang itu berkebolehan membuat penaakulan secara induktif dan deduktif. Rajah 1 memberi gambaran keseluruhan tentang kemahiran berfikir dan strategi berfikir (KBSB).
Model KBSB dalam Sains
Kemahiran Berfikir
Kritis
• Mencirikan
• Membandingkan & membezakan
• Mengumpulkan & mengelaskan
• Membuat urutan
• Menyusun mengikut keutamaan
• Menganalisis
• Mengesan kecondongan
• Menilai
• Membuat kesimpulan
Kreatif
• Menjanakan idea
• Menghubungkaitkan
• Membuat inferens
• Meramalkan
• Membuat hipotesis
• Mensintesiskan
• Mengitlakkan
• Membuat gambaranmental
• Menganalogikan
• Mereka cipta
Strategi Berfikir
• Mengkonsepsikan
• Menyelesaiakan masalah
• Membuat keputusan
Penguasaan KBSB melalui pengajaran dan pembelajaran sains boleh dikembangkan melalui peringkat berikut:
1. KBSB diperkenalkan.
2. KBSB dipraktikkan dengan bimbingan guru.
3. KBSB dipraktikkan tanpa bimbingan guru.
4. KBSB diaplikasikan ke situasi baru dan diperkembangkan dengan bimbingan guru.
5. KBSB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk mencapai tugasan berfikir.
Penerangan lanjut tentang peringkat penerapan KBSB dalam sains diberikan dalam Buku Panduan Penerapan Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999).
Perkaitan Antara Kemahiran Berfikir dan Kemahiran
Proses Sains Kemahiran Proses Sains adalah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan Kemahiran Proses Sains bersama dengan pengetahuan dan sikap yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir secara berkesan.Untuk menguasai kemahiran proses sains, seseorang perlu menguasai kemahiran berfikir yang berkaitan. Kemahiran berfikir utama yang berkaitan dengan setiap kemahiran proses sains
adalah seperti berikut:
Kemahiran Proses Sains Kemahiran Berfikir
Memerhati Mencirikan
Membandingkan dan membezakan
Menghubungkaitkan
Mengelaskan Mencirikan
Membandingkan dan membezakan
Mengumpulkan dan mengelaskan
Mengukur dan menggunakan nombor Menghubungkaitkan
Membandingkan dan membezakan
Membuat inferens Menghubungkaitkan
Membandingkan dan membezakan
Menganalisis
Membuat inferens
Meramalkan Menghubungkaitkan
Membuat gambaran mental
Menggunakan perhubungan ruang dan masa Membuat urutan
Menyusun mengikut keutamaan
Mentafsirkan data Membandingkan dan membezakan
Menganalisis
Kemahiran Proses Sains
Kemahiran Berfikir
Mengesan kecondongan
Membuat kesimpulan
Mengitlakkan
Menilai
Mendefinisi secara operasi Menghubungkaitkan
Menganalogikan
Membuat gambaran mental
Menganalisis
Mengawal pemboleh ubah Mencirikan
Membandingkan dan membezakan
Menghubungkaitkan
Menganalisis
Membuat hipotesis Mencirikan
Menghubungkaitkan
Membandingkan dan membezakan
Menjanakan idea
Membuat hipotesis
Meramalkan
Mensintesiskan
Mengeksperimen Semua kemahiran berfikir
Berkomunikasi Semua kemahiran berfikir
Pengajaran dan Pembelajaran yang Berteraskan Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Saintifik
Standard kurikulum sains ini menekankan pembelajaran berfikrah yang berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik.Dalam kurikulum ini standard pembelajaran yang dihasratkan ditulis secara mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan dengan penguasaan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik.
Oleh itu dalam pengajaran dan pembelajaran guru perlu mengintegrasikan penguasaan kemahiran bersama dengan pemerolehan pengetahuan di samping penerapan sikap saintifik dan nilai murni.
SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI
Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri murid. Sikap dan nilai positif yang dipupuk dalam pembelajaran sains di sekolah meliputi sikap saintifik dan nilai murni seperti yang berikut:
• Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.
• Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data.
• Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara.
• Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar.
• Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam.
• Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat.
• Menghargai keseimbangan alam semula jadi.
• Berhemah tinggi dan hormat menghormati.
• Menghargai sumbangan sains dan teknologi.
• Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.
• Berfikiran kritikal dan analitis.
• Luwes dan berfikiran terbuka.
• Baik hati dan penyayang.
• Bersifat objektif.
• Sistematik.
• Bekerjasama.
• Adil dan saksama.
• Berani mencuba.
• Berfikir secara rasional.
• Yakin dan berdikari.
Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku mengikut peringkat berikut:
• Menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan sikap saintifik dan nilai murni
• Memberi perhatian serta respons
• Menghayati dan mengamalkan
• Membudayakan sikap saintifik dan nilai murni dalam kehidupan.
Dalam standard kurikulum ini, standard pembelajaran untuk domain afektif ditulis secara eksplisit di mana yang sesuai. Walau bagaimanapun, dalam pengajaran dan pembelajaran penerapan sikap saintifik dan nilai murni harus berlaku secara berterusan.Contohnya semasa pembelajaran yang melibatkan kerja amali,
guru perlu sentiasa mengingatkan murid tentang kepentingan menjalankan eksperimen secara teliti, cermat, bekerjasama, jujur dan tabah.
Perancangan yang rapi diperlukan untuk mengoptimumkan penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Guru digalakkan meneliti semua standard pembelajaran dalam sesuatu standard kandungan yang berkaitan termasuk standard pembelajaran tentang penerapan sikap saintifik dan nilai murni sebelum memulakan pelajaran untuk sesuatu bidang pembelajaran.
Penerapan Unsur Patriotisme
Standard kurikulum sains dapat mengukuhkan dan memupuk unsur patriotisme dan nilai kewarganegaraan di kalangan murid bagi meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara. Melalui tajuk yang berkaitan dengan sumber bumi,kepelbagaian hidupan serta perkembangan sains dan teknologi di negara kita, semangat mencintai negara dapat dikukuhkan.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam standard kurikulum sains mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang optimum. Aktiviti yang
dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mestilah dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran.Soalan atau masalah yang beraras tinggi ditanyakan kepada
murid dan murid diminta menyelesaikan masalah menggunakan daya kreatif dan kritis mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran danpenerapan sikap saintifik dan nilai murni. Pembelajaran berfikrah
boleh berlaku melalui pendekatan seperti inkuiri, konstruktivisme,sains teknologi dan masyarakat, pembelajaran konstekstual dan pembelajaran masteri.
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains
Pendekatan Inkuiri-Penemuan
Pendekatan inkuiri-penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila
konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri.Melalui aktiviti seperti eksperimen murid akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil inkuiri-penemuan tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri-penemuan ini.Namun perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri-penemuan tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru atau melalui inkuiripenemuan terbimbing.
Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman yang mencadangkan bahawa murid belajar sesuatu dengan cara membina sendiri pemahaman yang bermakna kepada diri mereka. Antara unsur penting dalam kontruktivisme adalah:
• Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid.
• Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri.
• Pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi menstrukturkan semula
idea mereka.
• Murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat refleksi.
Pendekatan Sains, Teknologi dan Masyarakat
Pembelajaran yang bermakna akan berlaku jika murid dapat menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan harian mereka. Pembelajaran bermakna berlaku dalam pelbagai pendekatan seperti Pembelajaran Kontekstual dan Pendekatan Sains, Teknologi dan Masyarakat (STM). Tema dan objektif pembelajaran yang berunsurkan STM di jelmakan dalam kurikulum standard ini. Pendekatan STM mengesyorkan
pembelajaran sains melalui penyiasatan dan perbincangan berlandaskan isu sains, teknologi dan masyarakat. Pengetahuan sains dan teknologi dipelajari bersama dengan aplikasi sains dan teknologi serta implikasi kepada kehidupan masyarakat.Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan harian murid. Pendekatan ini melibatkan murid belajar secara menyiasat seperti dalam pendekatan inkuiripenemuan.Dalam pembelajaran kontekstual, kaitan di antara ilmu yang diajar dengan kehidupan harian dieksplisitkan. Dalam konteks ini murid tidak hanya belajar secara teori sahaja tetapi dapat menghayati kerelevenan pembelajaran sains dengan kehidupan mereka.
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran ini merupakan satu pendekatan yang memastikan semua murid menguasai standard pembelajaran yang ditetapkan.Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap murid mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada murid untuk belajar mengikut kadarnya. Aktiviti pengayaan dan pemulihan perlu dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek,penggunaan sumber luar bilik darjah, kajian masa depan dan penyelesaian masalah. Dalam standard kurikulum ini cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran tidak dinyatakan secara eksplisit. Penulisan standard kurikulum begini membolehkan guru
menggunakan kreativiti mereka sendiri untuk menyampaikan dan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang dihasratkan.Penentuan kaedah pengajaran dan pembelajaran seharusnya berdasarkan kandungan standard kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian kecerdasan murid serta sumber dan prasarana yang ada. Di samping berperanan sebagai penyampai pengetahuan dan pakar rujuk dalam bidang pengajarannya, guru juga berperanan sebagai fasilitator dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaian jenis kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang berbeza
perlu dirancang untuk murid yang pelbagai kecerdasan. Berikut adalah penerangan ringkas tentang kaedah ini.
Eksperimen
Eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Secara umum langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah:
• Mengenal pasi masalah
• Membuat hipotesis
• Merancang eksperimen
- Mengawal pemboleh ubah
- Menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
- Menentukan langkah menjalankan eksperimen
- Menentukan kaedah mengumpulkan data
- Menentukan kaedah menganalisis data
• Melakukan eksperimen
• Mengumpulkan data
• Menganalisis data
• Mentafsirkan data
• Membuat kesimpulan
• Membuat pelaporan
Dalam kurikulum standard ini, dicadangkan selain daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru, murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur, bagaimana menganalisis data dan bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka. Aktiviti ini boleh dijalankan secara bersendirian atau secara kumpulan kecil.
Perbincangan
Perbincangan adalah aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau atasan yang sahih. Semasa perbincangan murid perlu mempunyai fikiran yang terbuka untuk menerima pendapat orang lain. Guru boleh bertindak sebagai fasilitator dengan mengemukakan soalansoalan yang memandu murid ke arah tajuk perbincangan.Perbincangan boleh dijalankan semasa dan selepas menjalankan eksperimen, projek, aktiviti mengumpul dan mentafsirkan data,simulasi,penggunaan sumber luar bilik darjah, penyelesaian masalah dan lain-lain.
Simulasi
Simulasi adalah aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenar. Simulasi boleh dilaksanakan melalui main peranan,permainan atau penggunaan model. Dalam main peranan, murid melakonkan sesuatu peranan secara spontan berdasarkanbeberapa syarat yang telah ditentukan. Permainan pula mempunyai syarat yang perlu dipatuhi. Murid bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses membuat keputusan. Model digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid akan dapat membayangkan situasi sebenar dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang dipelajari.
Projek
Projek adalah aktiviti yang dijalankan oleh individu atau dalam kumpulan untuk mencapai sesuatu tujuan dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran formal.Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan.
Lawatan dan Penggunaan Sumber Luar bilik Darjah
Pembelajaran sains melalui lawatan ke zoo, muzium, pusat sains,institut penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna.Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang secara rapi di mana murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan bagi membuat rumusan aktiviti yang dijalankan.
Kajian Masa Depan
Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu ke masa depan.Pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang. Nilai murni seperti bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.
Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umum penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut:
• Kenal pasti dan faham masalah
• Jelaskan masalah
• Cari alternatif penyelesaian masalah
• Jalankan operasi penyelesaian
• Nilaikan penyelesaian
Penggunaan Teknologi
Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk memperkukuhkan pembelajaran sains. Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, internet perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer menjadikan pengajaran dan pembelajaran sains lebih menarik dan berkesan.Animasi dan simulasi berkomputer merupakan satu wadah yang berkesan untuk mempelajari sesuatu konsep yang sukar dan abstrak dan boleh dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.
PENTAKSIRAN
Pentaksiran di bilik darjah sangat penting bagi mengetahui tahap penguasaan dan pemahaman murid tentang apa yang telah dipelajari. Maklumat yang diperoleh membantu guru untuk menambah baik kaedah pengajarannya. Hasil pentaksiran di bilik darjah ini juga memberi maklum balas awal kepada guru untuk merancang tindakan susulan bagi meningkatkan lagi penguasaan dan pemahaman murid.Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan adalah:
Pemerhatian : Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni.Kaedah pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid, bukan hasil akhir yang diperoleh.
Ujian : Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.
Persembahan secara lisan : Persembahan secara lisan adalahpenting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang konten yang dipelajari.
Senarai semak : Senarai semak merupakan laporan individu tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni.
Portfolio : Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan folio.
Esei : Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk menyampaikan maklumat secara saintifik.
ORGANISASI STANDARD KURIKULUM SAINS
Standard Kurikulum Sains Tahun 1 hingga ke Tingkatan 5 disusun mengikut enam tema iaitu Pengenalan kepada Sains, Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Bahan, Bumi dan Sains Angkasa serta Teknologi dan Kehidupan Lestari. Sungguh pun begitu, setiap tahun pembelajaran tidak semestinya merangkumi
keenam-enam tema tersebut.Setiap tema iaitu Pengenalan kepada Sains, Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Bahan, Bumi dan Sains Angkasa serta Teknologi dan Kehidupan Lestari diperincikan melalui Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif.Pernyataan Standard Kandungan ini merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran saintifik, kemahiran berfikir, sikap saintifik dan nilai murni yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan.Standard Pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang ditulis dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh diukur.Standard Pembelajaran merangkumi skop pembelajaran dan kemahiran saintifik serta kemahiran berfikir yang menuntut murid melakukan sains bagi membolehkan mereka menguasai konsep sains yang hasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks, sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran. Standard Kandungan bagi domain afektif ditulis di akhir Standard Kandungan domain kognitif yang berkaitan, tetapi tidak semua Standard Kandungan domain kognitif diikuti dengan domain afektif. Proses pengajaran dan pembelajaran sepatutnya dirancang secara holistik dan bersepadu bagi membolehkan beberapa Standard Pembelajaran dicapai bergantung kepada kesesuaian dan keperluan pembelajaran. Guru seharusnya meneliti semua Standard Pembelajaran dalam Standard Kandungan yang berkenaan sebelum merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Standard Kandungan bagi domain afektif diterap secara tidak langsung semasa Standard Kandungan bagi domain kognitif dijalankan. Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis,inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan.Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi. Tema Dunia Sains dan Teknologi diperkenalkan kepada murid Tahap Satu bagi menggantikan mata pelajaran Sains. Tema ini menggabungkan elemen Sains, Reka Bentuk & Teknologi (RBT), dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Bagi tujuan pelaksanaan di Tahap Satu, elemen RBT dan TMK digabungjalinkan dalam Standard Sains. Selain itu modul penggunaan TMK turut disediakan bagi membolehkan guru membimbing murid mengaplikasikan TMK dalam pembelajaran.
SAINS HAYAT
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1. BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP
1.1 Memahami ciri benda hidup Murid boleh:
dan benda bukan hidup.
1.1.1 Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan
hidup.
1.1.2 Mengenal pasti ciri-ciri benda hidup iaitu:
perlukan air dan makanan,bernafas,bergerak,
membesar dan membiak
1.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
TMK, penulisan atau lisan.
2. MANUSIA
2.1 Memahami bahagian dan Murid boleh:
fungsi tubuh manusia.
2.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia iaitu
mata, telinga, hidung, mulut,lidah, tangan dan kaki
2.1.2 Menceritakan tentang fungsi dan kepentingan
bahagian-bahagian tubuh manusia.
2.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK,
penulisan atau lisan.
2.2 Menghargai bahagian tubuh kita. Murid boleh:
2.2.1 Menghormati dan menerima keadaan diri seseorang.
3. HAIWAN
3.1Menganalisis haiwan dan Murid boleh:
bahagian tubuh haiwan. 3.1.1 Mengenal pasti haiwan yang terdapat di sekeliling
seperti kucing, ikan,burung, ular, katak, lipas, siput
dan rama-rama.
3.1.2 Mengenal pasti bahagian-bahagian tubuh haiwan iaitu
mata, mulut, telinga,paruh, sayap, kaki, ekor, sirip,
sisik, bulu, tanduk, sesungut dan cangkerang.
3.1.3 Membanding dan membezakan bahagian tubuh satu
haiwan dengan bahagian tubuh haiwan-haiwan yang
lain.
3.1.4 Mengitlak bahawa ada haiwan yang mempunyai ciri
yang sama dan berbeza.
3.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK,
penulisan atau lisan.
3.2 Menghargai pelbagai haiwan Murid boleh:
di sekeliling kita. 3.2.1Mengajuk bunyi pelbagai haiwan yang pernah
mereka dengar.
3.2.2 Menunjukkan cara pelbagai haiwan bergerak secara
simulasi.
3.2.3 Menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan dengan
cara tidak menganiaya haiwan.
4. TUMBUHAN
4.1 Menganalisis tumbuhan dan bahagian tumbuhan. Murid boleh:
4.1.1 Mengenal pasti tumbuhan yang terdapat di
sekeliling seperti rumput, paku pakis, pokok
mangga, pokok kelapa, pokok bunga raya,
pokok nanas, pokok keembong, pokok
bunga ros, pokok orkid dan pokok pisang.
4.1.2 Mengenal pasti bahagian-bahagian tumbuhan
iaitu pucuk, daun, bunga,buah, dahan,batang
dan akar dengan memerhati tumbuhan
sebenar.
4.1.3 Membanding dan membezakan bahagian
satu tumbuhan dengan tumbuhantumbuhan
yang lain melalui penyiasatan.
4.1.4 Mengitlak bahawa ada tumbuhan yang
mempunyai ciri yang sama dan ada ciri yang
berbeza.
4.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
TMK, penulisan atau lisan.
4.2 Mencipta produk daripada bahagianbahagian Murid boleh:
tumbuhan. 4.2.1 Mereka bentuk produk seperti penanda
buku, potpuri, kolaj dan kraftangan seperti
tikar, topi, penyapu, bakul, ketupat dengan
menggunakan bahagianbahagian tumbuhan.
4.2.2 Menceritakan tentang hasil ciptaan secara
lisan.
4.3 Menghargai pelbagai tumbuhan di Murid boleh:
sekeliling kita. 4.3.1 Meramalkan secara lisan keadaan di muka
bumi jika hanya terdapat satu jenis tumbuhan
sahaja.
5. MATA UNTUK MELIHAT
5.1 Mengaplikasikan pengetahuan tentang Murid boleh:
pelbagai warna. 5.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang
berkaitan dengan deria penglihatan.
5.1.2 Mengenal pasti warna iaitu hitam, putih, biru,
merah, hijau, kuning, ungu,dan jingga.
5.1.3 Menaakul kepentingan warna dalam
kehidupan secara lisan.
5.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
TMK, penulisan atau lisan.
5.2 Memahami pengetahuan tentang Murid boleh:
pelbagai bentuk. 5.2.1 Mengenal pasti pelbagai bentuk asas iaitu
segi empat tepat, segi empat sama, segi tiga
dan bulatan yang terdapat pada objek di
persekitaran murid.
5.2.2 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
TMK, penulisan atau lisan.
5.3 Menganalisis pengetahuan tentang Murid boleh:
pelbagai saiz. 5.3.1 Mengenal pasti pelbagai saiz iaitu besar,
kecil, panjang, pendek, tinggi,rendah.
5.3.2 Menyusun objek mengikut urutan saiz.
5.3.3 Menaakul secara lisan kepentingan saiz
dalam kehidupan.
5.3.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
TMK, penulisan atau lisan.
5.4 Memahami ciri objek berdasarkan warna, Murid boleh:
saiz dan bentuk. 5.4.1 Mengelaskan objek mengikut ciri yang dipilih
sama ada warna, saiz atau bentuk.
5.4.2 Menggabungkan objek yang mempunyai ciri
yang sama.
5.4.3 Menggabungkan objek yang mempunyai ciri
yang berbeza.
5.4.4 Menceritakan tentang ciptaan secara lisan.
6. HIDUNG UNTUK MENGHIDU
6.1 Mengaplikasi pengetahuan tentang Murid boleh:
pelbagai bau. 6.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang
berkaitan dengan deria bau.
6.1.2 Mengelaskan benda-benda yang berbau dan
tidak berbau berdasarkan penyiasatan.
6.1.3 Menaakul tentang kepentingan bau secara
lisan.
6.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
TMK, penulisan atau lisan.
6.2 Menghargai deria bau. Murid boleh:
6.2.1 Menaakul kepentingan deria bau secara lisan.
7. LIDAH UNTUK MERASA
7.1 Mengaplikasi pengetahuan tentang Murid boleh:
pelbagai rasa. 7.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang
berkaitan dengan deria rasa.
7.1.2 Mengelas pelbagai bahan makanan
berdasarkan rasa manis, masin, pahit,dan
masam dengan menjalankan penyiasatan.
7.1.3 Menaakul tentang kepentingan rasa secara
lisan.
7.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
TMK, penulisan atau lisan.
7.2 Menghargai deria rasa Murid boleh:
7.2.1 Menaakul kepentingan deria rasa dengan tidak
mengambil makanan yang terlalu masin,manis,
pahit atau masam yang memudaratkan kesihatan.
8. KULIT UNTUK MENYENTUH DAN MERASA
8.1 Menganalisis ciri fizikal bahan. Murid boleh:
8.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang
berkaitan dengan deria sentuh.
8.1.2 Membezakan ciri bahan iaitu panas, sejuk,
kasar, halus, keras dan lembut melalui
penyiasatan.
8.1.3 Mengelaskan bahan mengikut ciri bahan.
8.1.4 Menaakul kepentingan ciri bahan dalam
kehidupan.
8.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
TMK, penulisan atau lisan.
9. TELINGA UNTUK MENDENGAR
9.1 Memahami pelbagai bunyi dan
kepentingannya. Murid boleh:
9.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang
berkaitan dengan deria pendengaran.
9.1.2 Mengenal pasti pelbagai bunyi yang
diperdengarkan.
9.1.3 Memberi contoh kepentingan bunyi dalam
kehidupan.
9.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
TMK, penulisan atau lisan.
10. MENGGUNAKAN SEMUA DERIA
10.1 Mengaplikasi pengetahuan tentang
deria. Murid boleh:
10.1.1 Mengelaskan objek mengikut ciri dengan
menggunakan deria.
10.1.2 Menggunakan deria untuk mengenal pasti
objek melalui penyiasatan.
10.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
TMK, penulisan atau lisan.
10.2 Menghargai organ deria kurniaan Murid boleh:
Tuhan. 10.2.1 Memerihalkan kepentingan menjaga
keselamatan diri termasuk organ deria.
11.TIMBUL DAN TENGGELAM
11.1 Mengaplikasikan konsep timbul dan Murid boleh:
tenggelam. 11.1.1 Mengenal pasti objek yang timbul dan objek
yang tenggelam melalui penyiasatan.
11.1.2 Mengubah suai objek yang tenggelam supaya
timbul dan objek yang timbul supaya tenggelam.
11.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
TMK, penulisan atau lisan.
12. REKA BENTUK
12.1 Mencipta binaan daripada bentuk asas
bongkah. Murid boleh:
12.1.1 Mengenal pasti bentuk asas bongkah iaitu kiub,
kuboid, piramid, prisma,kon, silinder dan sfera.
12.1.2 Mereka bentuk objek atau struktur menggunakan
bentuk asas dan bentuk asas bongkah.
12.1.3 Menaakul kepentingan kepelbagaian bentuk
bongkah secara lisan.
12.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
TMK, penulisan atau lisan.